Sunday, September 8, 2013

Perangi keylogger : Langkah untuk memastikan anda selamat daripada ancaman Keylogger


Hari ini saya ingin menerangkan tentang apa itu sebenarnya "keylogger" dan langkah yang selamat untuk memastikan komputer anda bebas daripada ancaman aplikasi ini.

Baiklah, keylogger secara umumnya berfungsi sebagai aplikasi yang merekod aktiviti pengguna yang melibatkan papan kekunci. Kebiasaannya aplikasi ini digunakan untuk ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang menggunakan komputer mereka tanpa kebenaran dengan mengawal aktiviti anak-anak mereka. Aplikasi ini sebagai pemantau yang berkesan untuk mengesan tindakan songsang yang dilakukan anak-anak. Sebagai contoh, aplikasi ini merekod alamat laman sesawang yang ditaip oleh pengguna dan menyimpannya dalam arkib. Arkib tersebut boleh dibuka dan disemak. Pastinya ibu bapa mengetahui tujuan anak-anak mereka menggunakan komputer mereka.

Akan tetapi, penggunaan "keylogger" tidaklah seperti dikatakan di atas. Majoriti pengguna perisian ini mempunyai niat jahat untuk menjatuhkan seseorang. Dengan penggunaan perisian ini, penjenayah akan mengetahui segala data yang diisi mangsa tanpa disedari. Hal ini menyebabkan mangsa akan mengalami kerugian yang besar sekiranya data yang diisi merupakan kata laluan bank dan akaun syarikat.


Langkah-langkah untuk memastikan komputer anda selamat daripada ancaman keylogger

1. Pasang perisian anti-keylooger. Dapatkannya di sini
2. Pasang perisian Anti Virus. Kebiasaannya keylogger akan dilabel sebagai virus/malware yang cuba untuk       bersembunyi dalam komputer anda.
3. Pastikan anda tidak install mana-mana perisian yang mencurigakan.
4. Sekiranya anda di cyber cafe, pastikan wayar papan kekunci tidak bersambung dengan mana-mana wayar lain, contohnya :


Jadi, keylogger ini digunakan untuk tujuan yang tidak sepatutnya. Jaga diri anda dan keluarga daripada ancaman penggodam yang tidak bertanggungjawab ini.

No comments:

Post a Comment